Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan. Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia. Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita meletup-letup diperkatakan. Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing. Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan....
Berikut ialah cerita versi Cik Rozita yang telah diquote oleh sebuah portal hiburan di internet:
Kita baca dulu apa Cik Rozita nak kata yer...
Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan. Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.
Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.
“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.
“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.
“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.
“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.
FAKTA TERPESONG
Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam. Tuan punya cerita jer yang tahu. So, since Cik Rozita dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan.
Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. (Lihat definisi Kamus DBP Edisi 4).
Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, apa yang berlaku tidak boleh dikatakan sebagai satu insiden "buli".
Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.
Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada sedikit kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,
Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.
Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Sepanjang pengetahuan saya, nama anak kedua Rozita Che Wan itu tidak ada dalam senarai nama pelajar MRSM Kuantan.
MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi pada saya, itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Mungkin lebih elok jika ditangani secara lebih berhemah bak menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak.
Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. "It takes the whole village to raise a child".
Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.
Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!
Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....